22 Ogos 1999 - Pertemuan pertama di Kuala Lumpur; turut dihadiri Retna Devi Balan, Uthaya Sankar SB, M Mahendran dan Ramakrishnan Ramasamy. [Baca DI SINI]
..
September 1999 - Surat berita Kavya mula diterbitkan dalam versi bercetak dan diedarkan kepada para ahli secara percuma.
.
2 November 1999 - For Your Ears Only! di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
..
23 November 1999 - For Your Ears Only! kali kedua di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
..
26 Disember 1999 - Bengkel Penulisan Kreatif di Dewan MIC Cawangan Desa Jaya, Kepong.
..
31 Disember 1999 - Tahun Baru bersama penghuni Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya.
..
1 April 2000 Bengkel Penulisan Kreatif di SRJK (T) Batu Arang, Rawang.
.
30 Julai 2000 - Seminar PMR & SPM bersama MIC Cawangan Cheras di SMK San Peng, Kuala Lumpur.
..
25 Februari 2001 – Bengkel Penulisan Cerpen Bahasa Malaysia Ke-3 anjuran Pemuda MIC Bahagian Titiwangsa; sebagai lanjutan kepada bengkel yang diadakan pada 31 Mac 1996 dan 11 Mei 1997.
..
15 April 2001 - Bengkel Karyawan Muda di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
..
6 Mei 2001 - Bengkel Karyawan Muda 2 di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
..
17 Jun 2001 - Bengkel Karyawan Muda 3 di SRJK (T) Jalan Fletcher off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
..
29 Julai 2001 - Bengkel Karyawan Muda 4 di SRJK (T) Jalan Fletcher off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
..
19 Januari 2002 - Bengkel Karyawan Muda 5 di Ashwin Trading, Brickfields, Kuala Lumpur.
..
20 Januari 2002 - Bengkel Karyawan Muda 6 di SMK Alam Megah, Shah Alam.
..
23 Februari 2002 - Bengkel Karyawan Muda 7 di Dewan Panniru Thirumurai Valarchi Maiyam, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.
..
9 Mac 2002 - Bengkel Karyawan Muda 8 di Ashwin Trading, Brickfields, Kuala Lumpur.
..
Julai 2002 - Surat berita Kavya mula dimuatkan di laman sesawang dengan ISSN 1675-4042.
..
Oktober 2002 - e-Kavyan dilancarkan dan mulai Januari 2005, dikenali sebagai e-kavya, menggantikan surat berita Kavya.
..
21 Disember 2002 - Mesyuarat Penubuhan Kavyan di Taman Sri Muda, Shah Alam.
..
23 Disember 2002 - Borang permohonan pendaftaran Kavyan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan di Wisma MBSA, Shah Alam.
..
18 Januari 2003 – Wakil Kavyan mengambil bahagian dalam Pertemuan dan Pembacaan Puisi Penggiat Seni Negeri Selangor di Galeri Shah Alam.
..
9 Februari 2003 - Bengkel Karyawan Muda 9 di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
...
26 April 2003 - Ceramah Penghayatan Sastera di SMK Taman Ehsan, Kepong.
..
29 Ogos 2003 – Baca Cerpen Kavyan yang mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.
..
22 September 2003 – 10 wakil Kavyan memenuhi undangan Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa DBP ke Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (Sakat) ke-3 di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur.
..
26 September 2003 – 16 wakil Kavyan mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
.
3 Oktober 2003 – 15 wakil Kavyan menyertai lawatan ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di Seksyen 15, Shah Alam.
..
19 Oktober 2003 – Baca Cerpen PLS di Pure Life Society, Jalan Puchong.
..
8 November 2003 – Baca Cerpen SIT di Kolej Antarabangsa SIT, Klang.
..
15 November 2003 – Diskusi Karya diadakan di Taman Sri Muda, Shah Alam bagi membuka ruang kepada ahli Kavyan membincangkan karya yang dihasilkan.
..
20 November 2003 – Baca Cerpen TOA di Kolej The One Academy, Bandar Sunway.
..
16 Disember 2003 – Diskusi Karya Sasterawan Kaum India anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca rangkuman aktiviti 2003 dan 2004 seperti disiarkan dalam majalah Tunas Cipta pada Disember 2004.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!