Thursday, 11 March 2010

Devishi Prabha Sankari

Devishi Prabha Sankari (Devishi PS) lahir di Klang, Selangor pada 4 Mac 2002 dan tinggal di Shah Alam, Selangor. Ibunya Prabhawathy Govindarajoo, ayahnya Uthaya Sankar SB dan abangnya Ganesan Duraisamy.
..

Sepanjang tahun 2006, Devishi tinggal bersama neneknya Muniamah, datuknya Govindarajoo (mendiang) dan ibu saudaranya Malliga di Kamunting, Perak sebelum memulakan pendidikan prasekolah di Tadika CEC, USJ9, Subang Jaya (2007-2008) dan seterusnya melangkah ke alam sekolah rendah di SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam pada 2009.

..

Sejak bayi, Devishi sentiasa menyertai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan di seluruh negara. Dia juga “cucu” kesayangan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merupakan Penasihat Kavyan.

..

Devishi turut mengambil bahagian dalam acara Baca Puisi Rindu Ibu di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 1 Ogos 2008 sempena Pesta Buku Selangor dan Baca Puisi Sasterawan Negara di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2009 sempena Festival Kuala Lumpur.

..

Kemudian, Devishi terlibat dalam sketsa sempena majlis pelancaran Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia oleh Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar pada 12 Julai 2009 di Auditorium PNM, Kuala Lumpur.

..

Seterusnya, Devishi mula mengasah bakat sebagai pengacara majlis bagi Baca Puisi Dr Lim Swee Tin di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 31 Oktober 2009 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan Bengkel Penulisan Cereka UPSR di SJKT Ladang North Hummock, Shah Alam pada 13 Mac 2010.

..

Hobi Devishi adalah menyanyi, membaca, menulis dan melukis.

0 comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!