11 Mar 2010

Ganesan Duraisamy

Ganesan Duraisamy lahir di Banting, Selangor pada 3 Jun 1982 dan membesar di Shah Alam, Selangor.
..
Beliau mendapat pendidikan di SJKT Sungai Renggam, Shah Alam; SMK Seksyen 24, Shah Alam; Institut Makmur, Klang; dan Kolej SEGi, Subang Jaya sebelum melanjutkan pengajian sarjana di University of Teesside, Middlesbrough, Britain pada September 2009.
..
Ganesan mula meminati bidang sastera dan penulisan kreatif selepas mengikuti Bengkel Penulisan Cerpen yang dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB di Universiti Malaya pada 1996.
..
Beliau mengikuti program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1997.
..
Cerpen berjudul “Tidak Sehaluan” dimuatkan dalam Vanakam: Antologi Cerpen Bahasa Malaysia (2002).
..
Ganesan adalah Bendahari Kumpulan Sasterawan Kavyan (2003-2009) dan amat aktif menguruskan aktiviti bahasa, sastera seni dan budaya anjuran Kavyan di seluruh negara. [SENARAI PENULIS KAUM INDIA]