Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr M Rajantheran berkata, perkataan berkenaan digunakan untuk menghina dengan bahasa yang kasar.
“Paria sebenar berasal daripada gendang yang dipalu semasa upacara kematian dan untuk golongan kasta bawahan di India.
“Malahan ayat tersebut dilarang penggunaannya di negara India dari segi undang-undang yang akan dikenakan hukuman oleh mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, walaupun penggunaannya adalah sejarah lampau ia tidak perlu dikeluarkan dalam penerbitan mahupun kenyataan sekiranya menyentuh sensitiviti kaum tertentu.
“Individu yang terbabit perlu sedar tentang tanggungjawab terhadap sosial, perpaduan dan kepentingan bersama dalam masyarakat yang terdiri pelbagai kaum.
“Mereka yang berjawatan sepatutnya lebih berhati-hati dan berwaspada kerana sekiranya tersebar dengan meluas akan menghina dan menjatuhkan maruah pihak berkaitan,” katanya.
Beliau berkata, perkara berkenaan bukan hanya bergantung kepada sejarah atau fakta tetapi melibatkan sensitiviti dan perpaduan masyarakat dalam negara ini.
“Sesiapa sahaja yang terlibat dalam penggunaan ayat tersebut adalah orang tidak faham dan tidak tahu sejarah.
“Kalau tentang fakta masih banyak lagi sejarah tentang kaum lain turut boleh dikeluarkan (diterbitkan) sehingga memalukan kaum tersebut namun ia tidak berlaku,” katanya.
(Sinar Harian, 12 Januari 2011)
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!