15 Feb 2010

The End-hiran

Begitu juga dalam filem Bengali Rajmohol (2005) lakonan Prasenjit Chatterjee di mana elemen “komedi bodoh” dan “salah faham” diberi keutamaan. Bagaimanapun, kisahnya masih mengenai Deboshri yang dirasuk roh Chandramukhi.
.

Demikian kisah roh Chandramukhi yang kembali membawa harapan kepada Rajinikanth selepas kegagalan filem Baba (2002).

.

Saya percaya Rajinikanth lebih tertarik pada versi Kannada berbanding versi Malayalam kerana Apthamitra (2004) memberi lebih keutamaan – dan ruang muncul di skrin – kepada watak pakar psikiatri berbanding watak si suami.

.

Versi Hindi Bhool Bhulaiyaa (2007) pula kembali kepada cerita asal sebagaimana dalam versi Malayalam Manichitratazhu (1993); tetapi unsur “komedi bodoh” pula menandingi versi Tamil!

.

Agak menarik juga bahawa watak si isteri bernama Gangga dalam versi Malayalam, Kannada, Tamil dan Telegu; walaupun nama watak suami dan pakar psikiatri diubah.

.

Kesemua watak pakar psikiatri dalam filem versi Malayalam, Kannada, Tamil, Telegu dan Hindi digambarkan pernah belajar atau bekerja di Amerika Syarikat.

.

Shobana, Soundarya dan Jyothika menerima anugerah pelakon wanita terbaik di Kerala (Malayalam), Karnataka (Kannada) dan Tamil Nadu (Tamil) bagi lakonan dalam Manichitratazhu (1993), Apthamitra (2004) dan Chandramukhi (2005).

.

Versi Hindi Bhool Bhulaiyaa (2007) juga menandakan suatu kejayaan moral bagi Madhu Muttam kerana namanya dinyatakan sebagai penulis asal; berbanding versi Kannada dan Tamil di mana kredit diberi kepada P. Vasu sebagai penulis dan pengarah.

.

Tahun 2007 juga menyaksikan kemunculan Rajinikanth dalam Sivaji: The Boss. Filem Kuselan (2008) tidak membawa kejayaan yang diharapkan.

.

Kini, kita nantikan kemunculan Rajinikanth sebagai Sultan: The Warrior dan Endhiran sebelum Super Star mula memegang watak-watak sesuai dengan usianya yang genap 61 tahun pada 12 Disember 2010.

.

Sila KLIK DI SINI untuk kembali ke catatan pertama.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!