Anak yang diberi nama “Wan Osman Wan Awang” kemudian menukarnya kepada “Usman Awang” atas pilihan sendiri.
Ibu Usman Awang, Halimah, meninggal dunia sewaktu Usman Awang masih kecil. Bapa Usman Awang seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat Darjah Enam di beberapa sekolah Melayu di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Kemiskinan tidak mengizinkan Usman Awang meneruskan pengajian walaupun Usman Awang amat gemar membaca sejak kecil.
Ketika tentera Jepun menyerang
Usman Awang bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat di mana beliau pernah menjadi “budak pejabat” di Pejabat Taliair Segamat.
Usman Awang juga memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai) selama beberapa minggu; sebelum tentera Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Apabila British memerintah Malaya, Usman Awang menjadi anggota polis pada tahun 1946 dengan menjalani latihan di Johor Bahru sebelum ditempatkan di Melaka.
Pada tahun 1951, Usman Awang berhenti daripada pekerjaan polis, lalu berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan “Melayu Raya” selama enam bulan sebelum menjadi pemberita. Seterusnya, Usman Awang bekerja sebagai sidang pengarang bagi “Mingguan Melayu”.
Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar “Utusan Kanak-kanak”. Seterusnya, Usman Awang dilantik menjadi pengarang akhbar “Utusan Zaman” dan majalah “Mastika”.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Utusan Melayu berpindah ke
Pada tahun 1961, Usman Awang terlibat sama dalam peristiwa permogokan Utusan Melayu; lalu berhenti kerja dan menganggur seketika.
Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama enam bulan sebelum mula berkhidmat senagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Jawatan pertama Usman Awang di DBP adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah “Dewan Bahasa”, sebelum dilantik menjadi pengarang majalah “Dewan Masyarakat”, “Dewan Sastera” dan “Dewan Budaya”.
Usman Awang kemudian ditukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Dari Mei 1982 hingga bersara pada Julai 1985, Usman Awang merupakan ketua bahagian berkenaan.
Selepas bersara, Usman Awang terus giat dalam beberapa pertubuhan masyarakat; khususnya Persatuan Persahabatan Malaysia-China.
Pada tahun 1991-2001, Usman Awang dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan; suatu pelantikan yang disifatkan oleh Usman Awang sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan Bangsa Malaysia.
Usman Awang juga dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank dari 1991 hingga 2001.
Pada tahun 1991, Usman Awang dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Dato’.
Terdahulu, pada 29 Mei 1976, Usman Awang dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri; SEA Write Award pada tahun 1982; Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya pada 11 Ogos 1983; Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara” pada tahun 1983; dan “Zamalah Sastera” daripada akhbar Berita Harian pada tahun 1985.
Sejak tahun 1950-an, Usman Awang terlibat aktif dalam kegiatan dan persatuan penulis: salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura, Ketua PENA yang pertama (1962-65)
Pada 29 November 2001, pada usia 72 tahun, Usman Awang meninggal dunia akibat menghidap penyakit jantung.
Pusaka dan khazanah sastera yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato’ Usman Awang kini dipelihara melalui UA Enterprises Sdn Bhd. Hak cipta kesemua karya Usman Awang juga kini dipegang dan diuruskan oleh UA Enterprises Sdn Bhd yang telah menerbitkan semula “Tulang2 Berserakan” (novel tunggal, 2006), “Turunnya Sebuah Bendera” (kumpulan cerpen, 2007), “Scattered Bones” (novel, bersama ITNM, 2009) dan “Jiwa Hamba/Enslaved Soul” (puisi, bersama ITNM, 2009).
Maklumat lanjut:
UA Enterprises Sdn Bhd
Haslina Dato’ Usman
Abdul Rahim Affandi
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!