29 Nov 2010

Angkat Ketuanan Rakyat

PETALING JAYA - Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Azmin Ali menyatakan sokongan terhadap gesaan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam isu menolak konsep Ketuanan Melayu bagi mengangkat Ketuanan Rakyat. [BACA DI SINI]
.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, PKR merupakan parti yang berteraskan pelbagai kaum dan bukan hanya tertumpu kepada orang Melayu.

.

"Saya tidak bimbang untuk perkatakan soal Melayu kerana kaum Melayu adalah bangsa yang hebat dan besar.

.

“Saya tidak apolegetik untuk sahut gesaan presiden untuk menjunjung Ketuanan Rakyat, saya ingin berikrar bahawa saya tolak Ketuanan Melayu dan kita angkat Ketuanan Rakyat dalam perjuangan parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen PKR ke-7, semalam.

.

Azmin juga mengakui ada hubungan rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

.

“Nak kata saya sokong, memang saya sokong dan saya tidak akan berundur apabila di depan ada musuh politik,” katanya.

.

Azmin berkata, walaupun selepas pelbagai rintangan, Anwar terbukti masih menjadi pemimpin yang paling ditakuti musuh politiknya.

.

“Kalau benar mereka hebat, kenapa takut dengan seorang insan bernama Anwar?” katanya.

..

(Sinar Harian, 29 November 2010)