20 Aug 2012

Media & Baca Cerpen Kavyan

Mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Kerjasama pihak media massa amat diperlukan dan diharapkan bagi membuat publisiti berhubung Baca Cerpen Kavyan sebelum, semasa dan selepas acara. Terima kasih kepada setiap wakil media yang membuat liputan acara ini.

Siaran Akhbar (Press Release) juga diedarkan kepada pihak media melalui e-mel – SILA RUJUK DI SINI. Kerjasama diharapkan dalam menyiarkan maklumat berkenaan untuk makluman orang ramai.

Semasa acara (29 Ogos - 2 September 2003), meja pendaftaran disediakan khusus untuk pihak media di Galeri Shah Alam. Wakil media (wartawan, juru kamera dll) diminta mendaftar di tempat berkenaan dan mendapatkan press kit. Jika memerlukan sebarang maklumat dan bantuan, wakil media diminta menghubungi pihak Urus Setia - yang memakai tag rasmi sahaja.

Kavyan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor menghargai kerjasama padu pihak media -- media cetak, media elektronik dan media siber. Mana-mana individu yang membantu membuat publisiti secara inter-personal juga diucapkan terima kasih.

Berikut senarai antara publisiti yang disiarkan di media:

1) “Baca Cerpen Kavyan”, Surat Berita Kavya, Jun 2003

2) “100 Cerpen Kavyan”, Risalah Online ArahKiri, 1 Jun 2003 & 15 Jun 2003

3) “Baca Cerpen Kavyan”, Metro Ahad, 8 Jun 2003

4) “PEN, Kavyan Anjurkan Program”, Utusan Malaysia, 9 Jun 2003

5) “100 Bahasa Malaysia Short Stories To Be Read At Event”, The Star, 13 June 2003

6) Wawancara Uthaya Sankar SB oleh Sdr Rauf dan Puan Nisah Haron dalam rancangan “Gapura Ujana” di Radio Malaysia Negeri Sembilan pada 22 Jun 2003 (Ahad), 5:20-6:00 petang

7) “Reading History”, TheSun, 25 June 2003

8) “Membaca Cerpen Selama 96 Jam!”, Nila, 1 Julai 2993

9) “Baca Cerpen 96 Jam”, Mingguan Malaysia, 6 Julai 2003

10) “Persatuan Penulis Kaum India Malaysia Terima Sastera Bahasa Malaysia”, Berita Minggu, 23 Julai 2003

11) “Baca Cerpen Kavyan”, Dewan Budaya, Ogos 2003

12) “Record Attempt”, The Star, 13 August 2003

13) “Membudayakan Baca Cerpen”, Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2003

14) “Pengumuman: Baca Cerpen Kavyan”, Siasah, Ogos 2003

15) “Keep Reading - For Four Days”, The Sun, 29 August 2003

16) “Baca 385 Cerpen Dalam 96 Jam”, Berita Harian, 30 Ogos 2003

17) “Reading Aloud ...”, The Sun, 2 September 2003

18) “166 Cipta Rekod Baca Cerpen 96 Jam”, Berita Harian, 3 September 2003

19) “Cipta Rekod Malaysia Baca Cerpen 96 Jam!”, Makkal Osai (Tamil), 4-10 September 2003

20) “Baca Cerpen Kavyan 96 Jam Catat Sejarah Dunia Sastera”, Berita Harian, 6 September 2003

21) “96 Jam Baca Cerpen: Baca Cerpen Kavyan Catat The Malaysia Book of Records”, Metro Ahad, 7 September 2003

22) “Kejayaan Kavyan Catat Baca Cerpen Terpanjang”, Utusan Malaysia, 13 September 2003 & Kavya, November 2003

23) “Satu Lagi Rekod Malaysia Yang Unik!”, Nila, 15 September 2003

24) “Rekod Baca Cerpen 96 Jam: Kavyan Tidak Lupa Golongan Istimewa”, Kavya, Oktober 2003

25) “Baca Cerpen Terpanjang: Catat Rekod Malaysia”, Fokus SPM, November 2003 & Kavya November 2003

26) Wawancara Uthaya Sankar SB oleh Murugiah dalam rancangan “Illameyil Innimei” (Tamil) di Radio 6 pada 12 November 2003 untuk memperkatakan beberapa aktiviti Kavyan; termasuk Baca Cerpen Kavyan dan Diskusi Karya Sasterawan Kaum India

27) Wawancara Uthaya Sankar SB oleh Chandrasuria dalam rancangan “Illameyil Innimei” (Tamil) di Radio 6 pada 15 Disember 2003 untuk memperkatakan beberapa aktiviti Kavyan; termasuk Baca Cerpen Kavyan dan Diskusi Karya Sasterawan Kaum India

28) Kavyan Membudayakan Baca Cerpen - ThenDral, Disember 2004.
 
* Kalau ada mana-mana siaran yang tertinggal daripada senarai di atas, harap sudi maklumkan untuk tujuan rekod. Jasa baik amat dihargai.

[Catatan: Paparan ini disalin terus daripada paparan asal memandangkan laman Geocities tidak lagi beroperasi – BACA DI SINI]