2 Jun 2010

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan

Tarikh: 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Taman Sri Muda, Shah Alam
.

Kehadiran:

Uthaya Sankar SB
Prakash Suriyamurthy
Prabhawathy Govindarajoo
Hemantha Kumar Nagappan
Muniswaran Errisson
..

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

.

a) Uthaya Sankar SB yang mempengerusikan mesyuarat memaklumkan bahawa Kavyan dan Sastera Kavyan kini sudah mula dikenali pada peringkat antarabangsa. Antaranya apabila sajak diterjemahkan ke Bahasa Jerman dan Bahasa Inggeris untuk khalayak luar negara.

.

b) Bahan-bahan berkaitan aktiviti Kavyan yang dahulu dimuatkan di laman sesawang Geocities kini sedang dipindahkan ke Blog Kavyan untuk dokumentasi.

.

c) Jawatankuasa Kavyan juga diminta mengirim biodata dan foto sebelum 7 Jun 2010 untuk dimuatkan di blog.

.

d) Ahli Kavyan dipelawa menyumbang bahan untuk disalurkan kepada editor majalah-majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

.

e) Uthaya Sankar SB turut memaklumkan mengenai penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan negara ini. Malah, DBP yang pernah “menghalang” pada 1999 juga kembali menggunakan istilah berkenaan.

.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

.

Pembentangan Minit Mesyuarat bertarikh 24 Januari 2010 [DI SINI] oleh Setiausaha, Prabhawathy Govindarajoo. Pengesahan oleh Muniswaran Errisson dan disokong Hemantha Kumar Nagappan.

.

3. Penyata Kewangan

.

Pembentangan Penyata Kewangan sehingga 29 Mei 2010 oleh Bendahari, Muniswaran Errisson. Pengesahan oleh Prabhawathy Govindarajoo dan disokong Prakash Suriyamurthy.

.

4. Aktiviti 25 Januari 2010 – 29 Mei 2010

.

Jawatankuasa terbabit memberitahu mesyuarat (secara lisan, ringkas dan padat) mengenai aktiviti yang mereka selenggara/ kendalikan/ sertai. Laporan lengkap di Blog Kavyan.

.

a) Bengkel Penulisan Berita

.

Di Pusat Tuisyen Global, Bandar Puteri, Puchong pada 27 Februari 2010 (Sabtu). Uthaya Sankar SB melaporkan bahawa peserta yang hadir tidak bersedia dan tidak menunjukkan minat seperti yang telah diharapkan; kecuali peserta dari Bernama.

.

b) Penghargaan Program Galakan Membaca PNM

.

Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2 Mac 2010. Sijil diterima melalui pos kerana wakil Kavyan tidak sempat menghadiri majlis.

.

c) Mengunjungi Raja Rajeswari

.

Di Taman Ehsan, Kepong pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Mesyuarat dimaklumkan bahawa Raja Rajeswari Seetha Raman terlibat dalam penubuhan Kavyan pada 1999 serta pernah memegang jawatan Bendahari dan Timbalan Presiden sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003. Beliau juga terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti Kavyan (Ogos 1999 – Julai 2003). Kunjungan dilakukan oleh Uthaya Sankar SB, Vijayaletchumy dan Devishi Prabha Sankari kerana Raja Rajeswari menjalani pembedahan.

.

d) Bengkel Penulisan Cereka UPSR

.

Di SJKT North Hummock, Setia Alam pada 13 Mac 2010 (Sabtu). Laporan ringkas juga disiarkan dalam majalah e-baca keluaran Jun 2010.

.

e) Jom Kenali Sasterawan Negara

.

Di PWTC pada 24 Mac 2010 sempena Pesta Buku Antarabangsa KL. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Dato’ Dr Anwar Ridhwan pernah dilantik Penasihat Kehormat Kavyan.

.

f) Hari Keluarga Kavyan

.

Di Taman Tasik Shah Alam pada 28 Mac 2010 (Ahad) menggantikan Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan. Muniswaran Errisson mencadangkan agar program seumpama ini diadakan jadi dan disokong oleh Prabhawathy Govindarajoo.

.

g) Program Galakan Membaca

.

Di SJKT Sungai Renggam, Seksyen 18, Shah Alam pada 10 April 2010 (Sabtu). Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

.

h) Anugerah Bakat Muda Selangor

.

Di Dewan Sivik Petaling Jaya pada 16 April 2010 (Jumaat) di mana Uthaya Sankar SB dilantik menjadi salah seorang juri. Mesyuarat diminta mengenal pasti bakat-bakat muda daripada kalangan kaum India supaya dapat dicalonkan pada tahun hadapan.

.

i) Bengkel Pendidikan Moral SPM

.

Di Pusat Tuisyen Global, Bandar Puteri, Puchong pada 18 April 2010 (Ahad). Prabhawathy Govindarajoo melaporkan bahawa pada masa akan datang, peserta perlu diwajibkan menghadiri bengkel dengan persediaan; bukan sekadar datang untuk mendengar tanpa terlibat secara aktif.

.

j) Program Galakan Membaca

.

Sempena Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa di Ulu Bernam pada 19 April 2010.

.

k) Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

.

Di SMK Cochrane, Jalan Shahbandar, Kuala Lumpur pada 23 April 2010. Uthaya Sankar SB mewakili Kavyan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai penulisan dan perkara-perkara berkaitan hak cipta.

.

l) Bengkel Cereka UPSR

.

Di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 29 Mei 2010 (Sabtu). Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

.

5. Aktiviti Akan Datang

.

Cadangan dan perancangan aktiviti bagi Jun-September 2010; termasuk aktiviti di mana Kavyan diundang oleh pihak luar.

.

a) Pencalonan Anugerah Sastera Negara

.

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa borang pencalonan Profesor Madya Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera Negara (yang membawa gelaran Sasterawan Negara) akan diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 31 Mei 2010 iaitu tarikh tutup pencalonan. Laporan sudah hampir siap dengan kerjasama pelbagai pihak yang sama-sama menyokong pencalonan itu.

.

b) Bengkel Penulisan Cerpen

.

Anjuran Unit Akademik Karangkraf di Sekolah Tinggi Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2010.

.

c) Pertandingan Ulasan Sajak Kavyan

.

Sebagai pengisian Program Galakan Membaca. Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa tiga Sasterawan Kavyan (Raja Rajeswari Seetha Raman, Retna Devi Balan dan Uthaya Sankar SB) sudah mengemukakan karya (3 x 3 = 9 sajak) untuk dijadikan teks. Pertandingan ini belum dilaksanakan dan maklumat mengenainya akan dipaparkan di Blog Kavyan.

.

d) Lawatan ke Karangkraf

.

Pada 7 Jun 2010 (Isnin), 9:00 pagi. Sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan. Penyertaan Jawatankuasa Kavyan amat diharapkan supaya dapat mengadakan pertemuan dengan editor majalah-majalah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

.

e) Bengkel Sehari Penulisan Cerpen

.

Di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 1 Jun 2010, 9:00 pagi – 3:00 petang. Hemantha Kumar Nagappan dan Prakash Suriyamurthy akan turut menyertai bengkel ini.

.

f) Simposium Lim Lian Geok dan Usman Awang

.

Di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2010 (Sabtu).

.

g) Pesta Buku Selangor

.

Di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 25 Jun – 5 Julai 2010. Kavyan sudah melakukan promosi mengenai pesta itu di blog, Facebook dan publisiti semasa aktiviti Kavyan.

.

h) Gerakan Membaca Perdana

.

Di Taman Tasik Shah Alam pada 26 Jun 2010 (Sabtu). Sejumlah 50 peserta yang menyertai program ini mewakili Kavyan akan turut menerima buku Kathakali atau Rudra Avatara. Sultan Selangor akan merasmikan program. Penyertaan bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa.

.

i) Pertandingan Baca Cerpen Kavyan

.

Pada 27 Jun 2010, 9:00 pagi, di Kompleks PKNS sempena Pesta Buku Selangor. Hanya karya Sasterawan Kavyan dijadikan teks.

.

j) Pertandingan Baca Puisi Sasterawan Negara

.

Acara ini dicadangkan sempena Pesta Buku Selangor dengan kerjasama Unit Akademik Karangkraf. Tarikh yang difikirkan sesuai adalah 4 Julai 2010 dan akan dirujuk pada Jawatankuasa Induk Pesta Buku Selangor yang akan bermesyuarat pada 2 Jun 2010. Kavyan akan berusaha mengundang Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

.

k) Bengkel Cereka UPSR

.

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa e-baca berminat untuk terus bekerjasama dengan Kavyan bagi mengendalikan program ini. Guru Besar SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam yang ditemui pada 27 Mei 2010 bersetuju untuk mengadakan bengkel di sekolah berkenaan pada 10 Julai 2010. Majalah e-baca dijangka hadir membuat liputan.

.

l) Baca Cerpen/Novel

.

Acara akan diadakan dengan mengangkat karya (novel atau kumpulan cerpen) Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Allahyarham Dr Othman Puteh dan S.M. Zakir. Tarikh serta maklumat lanjut belum diputuskan.

.

6. Hal-hal Berbangkit

.

Mesyuarat membincangkan apa-apa hal berbangkit yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa semasa mesyuarat.

.

a) Tempat Mesyuarat Jawatankuasa

.

Hemantha Kumar Nagappan mencadangkan supaya beberapa lokasi dikenal pasti untuk mengadakan mesyuarat pada masa akan datang. Mesyuarat bersetuju dan AJK diminta memberi cadangan sebelum 30 Jun bagi tempat mesyuarat akan datang (Julai 2010).

.

b) Cenderamata Perpustakaan Negara Malaysia

.

Prabhawathy Govindarajoo memaklumkan bahawa cenderamata Kelab Membaca Sinar Pintar seperti pensel, pen, buku nota, fail dan pemegang kunci sudah habis. Uthaya Sankar SB akan menghubungi PNM untuk cuba mendapatkan sumbangan cenderamata berkenaan untuk diberi kepada peserta pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.

.

c) Dialog Bersama Penulis Tamil

.

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa sekumpulan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Tamil berminat mengadakan dialog dengan Kavyan untuk membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama dalam melakukan aktiviti; termasuk penterjemahan karya dan penerbitan. Mesyuarat bersetuju supaya tarikh yang sesuai dipilih bagi mengadakan dialog yang dicadangkan.

.

d) Pertemuan Bersama Timbalan Menteri

.

Prakash Suriyamurthy bertanya mengenai rancangan Pertemuan Dengan Timbalan Menteri yang ditunda tahun lalu. Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa pertemuan itu ternyata hanya “cakap politik” kerana tidak ada sebarang jawapan daripada Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan walaupun surat dan e-mel susulan sudah dikirim.

.

7. Mesyuarat AJK Akan Datang

.

Mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan datang diadakan pada 25 Julai 2010 (Ahad). Lokasi akan ditetapkan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2010. AJK akan dimaklumkan melalui SMS manakala Agenda Mesyuarat akan dikirim melalui e-mel selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

.

8. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:30 pagi; diikuti jamuan ringan di Restoran N R Thanga Jaya, Taman Sri Muda, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!